Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku perantau sepi di bumi Jernang. Jauh dari kesibukan kota, hanya kedengaran deruan kali dan kicauan unggas rimba. Tiada pertembungan dengan dunia luar.Sendirian aku menyepi di pergunungan ini.
Harap kita boleh kongsikan untuk renungan bersama.........
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasari hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 1
3) Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan erjuangan.Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
14) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
15) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
16) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. kalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
17) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
18) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
19) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
20) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
21) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
22) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
23) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
24) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
25) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
26) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
27) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yangmengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
28) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
29) Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair
30) Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
31) Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan
32) Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
33) Hadiah Terbaik :Kepada kawan - Kesetiaan. Kepada musuh - Kemaafan. Kepada ketua - Khidmat. Kepada yang muda - Contoh terbaik. Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan. Kepada manusia - Kebebasan
34)Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
35) Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
36) Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
37) Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
38) Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang
39) Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..
40) Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri41) Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan.
42) Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnyakita akan terkejut dengan hasilnya.
43) Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.44) Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
45) Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
46) Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
47) Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
48) Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
49) Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Hebat guru besar baru ini ... bior pape asae bergaye itulah kawan teman ...
ReplyDeleteCam tu le ape orang kate... serampang dua mata?Begaya?Itu sudah mesti/wajib ..selain nk g ngajo buleh bawak barangan keperluan sekolah, bahan-bahan untuk diaudit nt dan pas tu buleh gak jadikan teksi...buleh bawak ramai penumpang tu.. dapat gak tampung duit minyak..boleh ke buat cam tu GB?
ReplyDeleteSatu hari I mesti naik 4WD ini ke Jernang. Tapi I takut turun bukit. Biarlah I duduk di belakang bonet, ada penutup!
ReplyDeleteNuar.....apa-apa pun kau jangan lupa kawan musim durian...aku pegi ambik kat rumah kau nanti...Boleh le kau busines petaii....apa-apa pun kau kena le..kamceng dulu dengan tuk batin tu....
ReplyDeleteAbor han..Dah cak ke masih? Eng ucapkan selamat menjadi guru entoi kat situ. Cip gek hek naik dg44. Cari ubat kat situ biar cegeh ckit...heheheheh
ReplyDelete